Monday, March 7, 2016

Tips simple kurangkan bajet majlis perkahwinan

Semua orang tahu tentang keadaan ekonomi yang tak menentu ketika ini. 

Pendapatan tak menentu ditambah pula dengan kos sara hidup yang meningkat, perkahwinan mesti diteruskan bagi pasangan yang sedang hangat bercinta.  


Tetapi majlis dan bajet perlu lah diatur rapi bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. Tentu ada yang bertanya, “.. Hati saya memang nak kahwin tapi kos nya tinggi sangat ! Setiap hari saya pening fikirkan benda yang sama, nak jimat... ”


Jadi kami tergerak untuk kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan bajet tanpa korbankan segala kemeriahan

  • Rancang lah dengan teliti senarai jemputan – mudah untuk tetapkan bajet katering, kad jemputan, doorgift, khemah dan sebagainya.
  • Teruskan budaya gotong-royong. Kita hanya beli bahan mentah untuk dimasak. Selebihnya biarlah pasukan gotong royong ini yang merancang tugas tukang masak, sediakan bahan mentah, cuci pinggan mangkuk, juruhidang dan sebagainya. Tapi jangan lupa tunjukkan rasa terima kasih kepada mereka. Berilah sedikit cenderamata tanda penghargaan.
  • Rancang jenis hantaran – Tak perlu banyak-banyak. Bawa yang penting untuk digunakan selepas berkahwin nanti. Pilih barangan yang berguna. Nak murah belilah di lokasi yang ada sale. 
  • Tuala hantaran sulamanSangat cantik dan murah. Pastikan harganya berpatutan dan mempunyai kualiti yang baik. Boleh digunakan selepas majlis. 
  • Gubahan hantaran – Minta bantuan dari rakan-rakan atau saudara-mara yang pandai menggubah sendiri. Gunakan barang alternatif seperti bunga tiruan untuk menggantikan bunga fresh. Selepas majlis barang(bunga) tersebut masih boleh diguna semula 
  • Adakan majlis akad nikah dan persandingan pada hari yang sama. Kos katering dapat dijimatkan kerana penyediaan makanan hanya sekali sahaja 
  • Di zaman ini kebanyakan komunikasi adalah melalui internet dan whatsapp. Maka itu rasanya tak perlulah menghabiskan wang yang banyak untuk mencetak kad jemputan. Kebanyakan orang lebih suka menerima kad jemputan dalam bentuk softcopy yang boleh disimpan di dalam smartphone. Jika perlu juga mencetak kad, buatlah dalam jumlah yang minima.

Akhir kata dari kami, buatlah persiapan dengan bijak. Jangan tunggu last minute.

Saturday, March 5, 2016

Bajet dan Bilangan Hantaran Pertunangan





Biasa bila nak meminang anak dara orang mesti bawa sedikit buah tangan kan. Kita nak tunjukkan rasa hormat dan dengan adab yang betul. 

Kebiasaan adat Melayu, bilangan barang hantaran adalah ganjil. 

Bilangan barang daripada pihak perempuan pula hendaklah lebih sedikit daripada pihak lelaki, contohnya 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang). ada juga yang guna bilangan 7-9 (7 dulang lelaki 9 dulang perempuan) dan 9-11 (9 dulang lelaki 11 dulang perempuan) Asalkan tidak keterlaluan dan mengikut kemampuan yea.. Kahwin nanti kena bagi hantaran juga..

Bajet barang-barang hantaran ni pula berbeza2. Ada yang habis beribu sebab nak pilih yang terbaik untuk hantaran. Yang penting pertunangan tak perlu kan barangan hantaran yang mahal-mahal. Sekadar barangan yang kita guna dan akan pakai semasa perkahwinan nanti pun dah bagus. Bagi lelaki, RM1000 dah cukup untuk modal pertunangan. Tapi pastikan sediakan senarai dan jangan hilang fokus semasa memilih barangan. Nanti modal 1000 bawa balik barang jadi 2000 pula. haha.. 
Sebelum memilih barang-barang hantaran, anda kenalah tahu tentang adat di negeri pasangan. Kerana setiap negeri ada adat tersendiri, kalau di pantai timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran, tak gitu...
Ini sekadar tips dan cadangan. Asalkan sesuai dan dalam lingkungan bajet anda.
Ehsan gambar dari https://whatalovelywedding.wordpress.com/


Barang-barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan) 
2.Tepak sirih 
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit) 
4.Telekung sembahyang 
5.Kek6.Buah 
7.Coklat 
8.Kuih-muih 

Barang-barang hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung 
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt 
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set) 
4.Kain songket 
5.Sejadah 
6.Tuala 
7.Kuih-muih 
8.Coklat 
9.Kek 
10.Buah-buahan